Sunday, July 26, 2009

Let the children choose

MANY feel that switching back to teaching Mathematics and Science in Bahasa Malaysia is the right thing to do in view of the lack of English competence on the part of both teachers and students. It is claimed that only eight per cent of the teachers involved are confident enough to deliver the subject matter in English.
It is undeniable that many teachers who teach Mathematics and Science in English do have a language problem and that teaching has become less effective. Most rural students do not have a good grasp of the English language and cannot follow the lessons in English. As a consequence, despite the PPSMI (teaching of Science and Mathematics in English) policy, many teachers and students end up teaching and learning the subjects in Bahasa Malaysia. Following the recent PPSMI decision by the education minister, Bahasa Malaysia will replace English as the medium of instruction for Science and Mathematics in national schools. Vernacular schools will revert to their respective languages to teach these subjects. The three major communities in the country -- Malay, Chinese and Indian -- will now be able to learn the two subjects in their mother tongue. But what about those who use English at home and consider English as their home language?
These days, not all Malays, Chinese and Indians grow up speaking in their mother tongues. English is widely used by many Malaysians at home and there are many Malaysians who would prefer to have their children learning Science and Mathematics in English. For that matter, they prefer their children to be educated in English. Out of no choice, they have to send their children elsewhere -- specifically to private schools.This country has allowed the establishment of international schools and many well-to-do Malaysians would prefer their children to be educated in English-speaking countries. Most prominent and wealthy citizens have their children educated in English-speaking countries. Unfortunately, only a privileged group can afford to do so, and those who aspire to have their education in English but do not have the means are deprived of this opportunity unless they can secure a scholarship. Not many are successful, though.Seemingly, to please all groups of people in the country, it would be a good idea that children are given the choice of whatever language stream they wish. The political formula in the country is unique in that vernacular languages are allowed in the education system. If the use of languages is so liberalised, why not include English and make everyone happy? This would stop the people blaming the government for scrapping the PPSMI policy.

Wednesday, July 15, 2009

KAPAL angkasa NASA, Endeavour dilancarkan dari Pusat Angkasa lepas Kennedy ke Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) tepat jam 6.03 petang waktu tempatan (2203 GMT) selepas enam kali ditangguhkan sejak beberapa minggu lalu. - Foto AFP/AP Jul 16, 2009 9:05 am

KETUA Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain (dua dari kiri) menunjukkan 150 kilogram heroin bernilai RM3.5 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Queensbay, Bayan Lepas. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin
Jul 15, 2009 7:00 pm

PELARIAN Pakistan menunggu di luar sebuah bank untuk mengeluarkan wang yang dijanjikan oleh kerajaan di Mardan, 130 km dari Islamabad, Pakistan. Lebih 2 juta penduduk Swat dan daerah sekeliling telah melarikan diri disebabkan peperangan menentang Taliban, menurut Bangsa-bangsa Bersatu. Program penghantaran balik kerajaan bermula sejak Isnin melibatkan beribu pelarian kembali pulang ke kediaman masing-masing dari kem pelarian Jalala, Mardan, Pakistan. - Foto AP
Jul 15, 2009 6:23 pm

PENCERAMAH bebas dan juga penyanyi, Akhil Hayy, dikerumuni pemberita selepas sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal (kanan), di Mahkamah Rendah Syariah, Ipoh, tengah hari ini, selepas 43 hari melalui proses rundingan secara sulh (selesai secara baik), sejak 2 Jun lalu. - Foto Muhaizan Yahya
Jul 15, 2009 2:38 pm

PETUGAS pilihanraya dari parti PAS yang mahu dikenali sebagai Pok Ya 61, menurunkan bendera di jambatan yang menghubungkan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru selepas Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai. - Foto Rosdan Wahid
Jul 15, 2009 1:47 pm

KAWALAN keselamatan yang ketat di pagar utama di kompleks mahkamah manakala gambar bawah, Anwar bersama isteri, anak perempuan dan peguam menunggu lif untuk naik ke tingkat 5 Mahkamah Tinggi. - Foto Zef Othman
Jul 15, 2009 9:58 am

29 penumpang bas Rapid KL, termasuk seorang pemandu nyaris maut apabila bas terbabit terbabas sebelum terjatuh ke laluan motosikal di susur keluar Jalan Pantai menghala ke Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - Foto Abdullah Yusof
Jul 14, 2009 4:18 pm

CAPE CANAVERAL: Kapal angkasa NASA, Endeavour akhirnya dilancarkan dari Pusat Angkasa lepas Kennedy ke Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) selepas enam kali ditangguhkan sejak beberapa minggu lalu. “Enjin utama dihidupkan.
Empat, tiga, dua, satu dan dilepaskan,” menurut pengumuman dari pusat kawalan misi Nasa. Kapal angkasa itu dilancarkan tepat jam 6.03 petang waktu tempatan (2203 GMT), percubaan keenam selepas sebelum ini ditangguhkan kerana faktor cuaca dan masalah teknikal.
Membelah awan di Florida, kapal angkasa itu terus meluncur ke angkasa dengan kelajuan lebih 26,000 kilometer sejam dalam masak irang daripada enam minit.
Pelancaran Endeavour ditangguhkan tiga kali sejak Sabtu lalu kerana masalah cuaca buruk. Dua lagi pada Jun lalu tetapi berlaku kebocoran pada corong minyak serta kebocoran pada tabung gas hidrogennya.
- AFP

Wednesday, July 8, 2009

Mansuh PPSMI jejas masa depan anak-anak: Dr Mahathir

Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekali gus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan berkenaan menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan. "Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah kebangsaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengumumkan bahawa berikutan keputusan itu, subjek Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu. Muhyiddin berkata, langkah itu sebahagian daripada langkah memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu. Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa. "Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui Sains dan Matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya. Dr Mahathir dalam sidang akhbar yang sama turut menafikan bahawa beliau bersetuju dan menerima hakikat pemansuhan dasar berkenaan, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan tengah hari tadi.
"Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan 'consultation', tapi cuma taklimat," katanya. Semasa mengumumkan perkara itu, Muhyiddin berkata Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah. Katanya, beliau dan pegawai kanan kementerian itu telah berbincang lebih tiga jam dengan Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai kesukaran untuk meneruskan PPSMI, masalah keupayaan guru dan murid menguasai bahasa Inggeris serta jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, dan antara sekolah kebangsaan dan bukan kebangsaan. "Dr Mahathir umumnya menerima hakikat ini," kata Muhyiddin.

- Bernama

Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda satu dasar realistik

Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan hari ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak. Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa Melayu. Dr Chandra Muzaffar, Profesor Kursi Nordin Sopiee Pengajian Global Universiti Sains Malaysia berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mulai dari peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading dalam usaha melahirkan generasi Malaysia yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu.
Katanya kaedah pengajaran bahasa Inggeris sama ada di sekolah rendah dan menengah juga perlu dikaji semula selain menggunakan saluran media yang ada secara efektif dengan mengadakan program belajar bahasa itu melalui radio, televisyen dan internet selain mengedarkan DVD. Veteran Umno dan tokoh pejuang bahasa Tan Sri Abdul Aziz Tapa berkata keputusan kerajaan itu amat penting dalam usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang telah diperjuangkan sejak 1952. Penggunaan bahasa kebangsaan juga mudah untuk menyatukan rakyat dan ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap konsep 1Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang utama yang tidak boleh diabaikan dan perlu dikuasai oleh rakyat. Presiden Parti Gerakan Tan Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu adalah konsisten dengan pendirian parti itu bahawa pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda di sekolah rendah adalah lebih berkesan berbanding dalam bahasa Inggeris. Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu berkata, MIC bersetuju dengan keputusan kerajaan memandangkan ia juga permintaan daripada Majlis Pengetua Sekolah Tamil supaya kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa Tamil. "Walaupun terdapat peningkatan bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris di sekolah Tamil, anggota majlis itu bersetuju supaya ia diajar dalam Bahasa Tamil," katanya.
Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata keputusan itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memastikan bahawa dasar yang dibuat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. "Dengan perubahan ini, maka Bahasa Malaysia akan sentiasa dimartabatkan dan pada masa yang sama Bahasa Inggeris akan terus dimantapkan. Bahasa Malaysia adalah suatu alat terpenting bagi perpaduan rakyat negara ini selaras dengan Gagasan 1Malaysia," katanya. Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berpendapat Kementerian Pelajaran perlu mencari alternatif lain supaya pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pertuturan global, sebagai usaha mengukuhkan pengajaran dan pembelajarannya di semua peringkat persekolahan. "Sebenarnya kita mesti fasih dalam Bahasa Inggeris terutamanya apabila kita mahu memasuki dunia global tetapi saya berpendapat pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris bukan satu-satunya cara untuk menguasai bahasa itu," katanya. Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Profesor Emeritus Ismail Hussein berkata, keputusan itu adalah tindakan yang bijaksana tetapi kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. "Kami suka menekankan supaya perhatian yang lebih diberikan kepada bahasa Kebangsaan, kesusasteraan dan budaya Melayu dalam konteks yang lebih luas di peringkat global," katanya. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata berdasarkan keputusan yang dibuat pada Persidangan Perwakilan NUTP Ogos tahun lalu, pengajaran Sains dan Matematik bagi pelajar sekolah menengah perlu dikekalkan. "Berdasarkan kepada keputusan Persidangan Perwakilan NUTP pada Ogos 2008, memang kita membuat keputusan untuk mengajar sains dan matematik bagi sekolah rendah dalam bahasa ibunda dan bagi sekolah menengah untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris. "Sebagai guru dan kesatuan guru kami sudah berjaya dalam 50 peratus daripada perjuangan kami. Namun demikian, selepas kerajaan membuat keputusan, NUTP berpendapat sebagai penjawat awam kita terpaksa ikut polisi itu," katanya. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia''s (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli berkata: "PKPIM menyambut baik keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai satu interpretasi komitmen kerajaan untuk mempertahankan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan," katanya.

- Bernama

Mansuh PPSMI jejas masa depan anak-anak: Dr Mahathir

Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekali gus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan berkenaan menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.

"Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah kebangsaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengumumkan bahawa berikutan keputusan itu, subjek Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu.

Muhyiddin berkata, langkah itu sebahagian daripada langkah memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.

"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui Sains dan Matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya.

Dr Mahathir dalam sidang akhbar yang sama turut menafikan bahawa beliau bersetuju dan menerima hakikat pemansuhan dasar berkenaan, sekali gus bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin sewaktu mengumumkan perkara berkenaan tengah hari tadi.

"Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan 'consultation', tapi cuma taklimat," katanya.

Semasa mengumumkan perkara itu, Muhyiddin berkata Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah.

Katanya, beliau dan pegawai kanan kementerian itu telah berbincang lebih tiga jam dengan Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai kesukaran untuk meneruskan PPSMI, masalah keupayaan guru dan murid menguasai bahasa Inggeris serta jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, dan antara sekolah kebangsaan dan bukan kebangsaan.

"Dr Mahathir umumnya menerima hakikat ini," kata Muhyiddin.

9/7/09- Bernama

Tuesday, July 7, 2009

PPSMI gagal bentuk kecemerlangan pelajar bandar, desa

Pengajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris jejas prestasi murid sejak diperkenal pada 2003 MESYUARAT Kabinet di Putrajaya hari ini dijangka mengumumkan keputusan sama ada untuk mengekalkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) atau diubahsuai mengikuti keperluan sebenar pelajar dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Polemik mengenai isu itu sudah lama diperdebatkan hingga mengundang reaksi yang pelbagai sama ada menyokong atau menentangnya, sejak dasar itu mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 2003. Rentetan pelbagai reaksi pro dan kontra mengenainya, beberapa badan tertentu turut mengadakan kaji selidik, seminar serta kolokium untuk memperjelaskan apa yang sebenarnya berlaku di sekolah dan dalam bilik darjah.

Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) yang menjadi antara persatuan yang memperjuangkan isu itu, mempunyai butiran lengkap dan menyeluruh selepas menjalankan kajian terperinci untuk menilai pelaksanaan PPSMI dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Hasilnya, Pembina menyarankan sudah tiba masanya P&P itu dikembalikan ke bahasa asal untuk mengelak pupusnya generasi yang bijak dan cemerlang.

Kajian Pembina yang dilakukan ke atas 1,942 murid Tahun Lima dan Kohort 2 (2004) dari 56 sekolah kebangsaan dan di seluruh negara menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot dan ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun pembelajaran yang lebih tinggi.

Secara keseluruhan, bagi sekolah rendah, peratusan pencapaian murid yang gagal adalah lebih tinggi iaitu antara 29.86 hingga 50.56 peratus berbanding bilangan mereka yang mencapai tahap cemerlang mencatat antara 10.12 hingga 31 peratus. Bagi pelajar sekolah menengah aliran Sastera, trend sama juga dikenal pasti iaitu prestasi mereka yang gagal adalah tinggi (49.44 hingga 85.08 peratus) berbanding sekolah menengah aliran Sains dengan peratusan yang gagal (antara 24.59 hingga 69.96 peratus) adalah lebih tinggi daripada mereka yang mendapat cemerlang (antara 0.78 hingga 28.06 peratus).

Pengarah Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin, berkata guru sendiri tidak berupaya meningkatkan kemajuan dalam proses P&P dan kekok berbahasa Inggeris, gagal mewujudkan interaksi dengan murid, kurang yakin dalam penyampaian dan pedagogi, tidak cekap dan kurang mengendali serta menggunakan teknologi maklumat (IT).

Katanya, keseluruhan kajian P&P, sepanjang enam tahun pelaksanaan, menunjukkan hanya 3.2 peratus peningkatan dalam keupayaan menguasai bahasa Inggeris di kalangan murid menerusi PPSMI.

Jika ini diteruskan, keadaan lebih parah dengan jurang ketara dapat dilihat dari segi pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains di bandar dan luar bandar. Bagaimanapun, pelajar dilihat mampu mencapai keputusan cemerlang jika menjawab dalam bahasa yang mereka fahami.

"Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru juga dilihat amat kritikal kerana masalah utama gagal menyampaikannya secara berkesan. Malah, kajian mendapati, 39.3 peratus (74 guru) sekolah rendah dan 25.3 peratus (93 guru) sekolah menengah gagal dalam penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris.

"Walaupun gagal mereka terus mengajar dan masih menerima elaun bayaran insentif subjek pendidikan. Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi pelaksanaan PPSMI, tetapi dilihat gagal mencapai matlamatnya," katanya.

Abdul Raof berpendapat PPSMI dilaksanakan secara terburu-buru dan tiada kajian terperinci dibuat, sebaliknya hanya tiga bulan road show di seluruh negara mengenai objektif pelaksanaannya.

Katanya, pelaksanaan PPSMI juga dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (1) yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Justeru, Pembina mencadangkan supaya PPSMI dikembalikan P&P Sains dan Matematik ke dalam bahasa Melayu mulai peringkat sekolah rendah hingga universiti mengikut dasar sebelum ini.

Pada masa sama, kerajaan perlu memperkasakan pencapaian bahasa Inggeris pelajar melalui P&P menerusi bahasa itu sendiri dengan menggubal, meminda atau menambah baik kurikulum, kaedah pedagogi dan teknik, menambah waktu belajar dan peningkatan kecekapan guru dalam bahasa Inggeris. "Berdasarkan kajian dan justifikasi tahap kompetensi guru serta impaknya terhadap pembinaan modal insan murid gagal dicapai khususnya di Felda, pulau, pedalaman dan sekolah Orang Asli," katanya.

Sementara itu, Profesor Fizik yang juga Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, berkata negara sudah melakukan banyak kesilapan dan seharusnya kembali memperkukuh dan meningkatkan nilai kedudukannya di tempat yang wajar kerana bahasa Inggeris tidak mampu mengambil alih bahasa Melayu. Namun, beliau tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa global, sebaliknya, bahasa itu tidak boleh mengambil tempat atau mengambil alih sebagai bahasa lingua franca dan mewujudkan jati diri anak bangsa.

"Bahasa Inggeris tidak boleh menterjemah tiga kategori istilah iaitu pertama perkataan objek, nama orang atau sesuatu tempat. Contohnya durian atau Kuala Lumpur tetap disebut atau dieja sama dan tidak boleh ditukar dalam bahasa Inggeris.

"Kedua, istilah fenomena, fotosentisis atau memontem yang banyak digunakan dalam mata pelajaran Sains tetap kekalkan istilah itu dan tidak boleh ditukar. Malah, bagi sesuatu perkataan yang memang tidak boleh ditukar, maka tidak salah kalau terus kekalkan bahasa itu supaya ia tidak lari daripada maksud.

"Ketiga, bahasa Melayu itu amat adil dan samarataan. Bahasa Melayu terlalu banyak istilah ketuhanan di dalamnya dan sekiranya ia tidak digunakan, akan menyebabkan meruntuhkan sifat jati diri seseorang," katanya.

Sejak awal, katanya, prinsip berkaitannya sudah salah dan tidak perlu subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah kerana banyak istilah dalam kedua-dua subjek itu adalah fakta dan ia berhubung ilmu mengenai tabiat alam dan semula jadi. Katanya, polemik yang dibincangkan mengenainya perlu dilakukan sehingga ke dasarnya supaya bahasa Melayu tidak terus hilang dalam kekaguman terhadap bahasa Inggeris.

"Jika kita ingin menjadi sebuah negara maju, kita perlu memahami sesuatu dengan bahasa yang kita fahami. Matlamat kita adalah ingin menghasilkan seramai mungkin anak bangsa yang berfikiran kritikal dan secara saintifik.
"Kita buat sistem untuk membangunkan negara kita dan bukan negara luar. Kita beri pendidikan untuk menghasilkan pekerja yang mampu mentadbir dan mengurus Malaysia. Orang Jepun tidak mahir bahasa Inggeris, tetapi mampu menjadi sebuah negara maju mengikut acuan mereka sendiri," katanya.