Wednesday, July 15, 2009

KAPAL angkasa NASA, Endeavour dilancarkan dari Pusat Angkasa lepas Kennedy ke Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) tepat jam 6.03 petang waktu tempatan (2203 GMT) selepas enam kali ditangguhkan sejak beberapa minggu lalu. - Foto AFP/AP Jul 16, 2009 9:05 am

KETUA Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain (dua dari kiri) menunjukkan 150 kilogram heroin bernilai RM3.5 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Queensbay, Bayan Lepas. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin
Jul 15, 2009 7:00 pm

PELARIAN Pakistan menunggu di luar sebuah bank untuk mengeluarkan wang yang dijanjikan oleh kerajaan di Mardan, 130 km dari Islamabad, Pakistan. Lebih 2 juta penduduk Swat dan daerah sekeliling telah melarikan diri disebabkan peperangan menentang Taliban, menurut Bangsa-bangsa Bersatu. Program penghantaran balik kerajaan bermula sejak Isnin melibatkan beribu pelarian kembali pulang ke kediaman masing-masing dari kem pelarian Jalala, Mardan, Pakistan. - Foto AP
Jul 15, 2009 6:23 pm

PENCERAMAH bebas dan juga penyanyi, Akhil Hayy, dikerumuni pemberita selepas sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal (kanan), di Mahkamah Rendah Syariah, Ipoh, tengah hari ini, selepas 43 hari melalui proses rundingan secara sulh (selesai secara baik), sejak 2 Jun lalu. - Foto Muhaizan Yahya
Jul 15, 2009 2:38 pm

PETUGAS pilihanraya dari parti PAS yang mahu dikenali sebagai Pok Ya 61, menurunkan bendera di jambatan yang menghubungkan antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru selepas Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai. - Foto Rosdan Wahid
Jul 15, 2009 1:47 pm

KAWALAN keselamatan yang ketat di pagar utama di kompleks mahkamah manakala gambar bawah, Anwar bersama isteri, anak perempuan dan peguam menunggu lif untuk naik ke tingkat 5 Mahkamah Tinggi. - Foto Zef Othman
Jul 15, 2009 9:58 am

29 penumpang bas Rapid KL, termasuk seorang pemandu nyaris maut apabila bas terbabit terbabas sebelum terjatuh ke laluan motosikal di susur keluar Jalan Pantai menghala ke Kuala Lumpur, tengah hari tadi. - Foto Abdullah Yusof
Jul 14, 2009 4:18 pm

CAPE CANAVERAL: Kapal angkasa NASA, Endeavour akhirnya dilancarkan dari Pusat Angkasa lepas Kennedy ke Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) selepas enam kali ditangguhkan sejak beberapa minggu lalu. “Enjin utama dihidupkan.
Empat, tiga, dua, satu dan dilepaskan,” menurut pengumuman dari pusat kawalan misi Nasa. Kapal angkasa itu dilancarkan tepat jam 6.03 petang waktu tempatan (2203 GMT), percubaan keenam selepas sebelum ini ditangguhkan kerana faktor cuaca dan masalah teknikal.
Membelah awan di Florida, kapal angkasa itu terus meluncur ke angkasa dengan kelajuan lebih 26,000 kilometer sejam dalam masak irang daripada enam minit.
Pelancaran Endeavour ditangguhkan tiga kali sejak Sabtu lalu kerana masalah cuaca buruk. Dua lagi pada Jun lalu tetapi berlaku kebocoran pada corong minyak serta kebocoran pada tabung gas hidrogennya.
- AFP

No comments: